Tuesday, November 16, 2010

KEMBALI SEMULA

fuhh fuhh (bunyi tiup habuk kt blog nih!)
haha

hola!
lepas dah sangat-sangat taktaw nak buat ape, akhirnya
dh dapat hidayah untuk kembali menitipkan kata-kata
di sini. walaweh ayat.

tp aku xnak crita pasal benda-benda berat.
just nk warm up a.k.a stretching jari jemari aku nih

oh ya.
esok hari raya haji.
mcm biasalah, sesetengah daripada kita kureng sikit
meraikan hari raya kedua umat Islam nie.

yup. tahun ni memang jelas kelihatan nak2 bagi
mereka yg tinggal di Kuala Lumpur terutamanya.
herrm...

bagi aku, personally, memang kureng sikitla tahun nie.
sbb aku sangat keletihan untuk membuat persiapan
yang very the vazz (gedik giler ayat!)

sebab apa keletihan? next blog wa titipkan (hahaha).


salam 'aidil adha. :)


LOCATION : on the bed.

EMOTION : SUMPAH TAK STABIL WEH!

Sunday, August 29, 2010

NEGARAKU

aku semakin risau
dengan apa yg berlaku skrg
tengok keadaan dunia skrg

oh tidak..
mari kita khususkan lagi
kerisauan aku

sebenarnya

aku teramat sangat risau
dengan apa yg berlaku dalam
negaraku skrg ni,
yah, Malaysia!

keadaannya xmcm dlu dowh!
smpai satu tahap otak ni terpikir,
di mana aku skrg? di mana aku berada?
kenapa lainnya suasana daripada dlu?

dari mana mulanya smua ni
nak salahkan sape eh?

melayu bergaduh sesamer sendiri
yg kononnya sbb nk menegakkan sesuatu
atau memperjuangkan apa yg perlu
tapi dalam isi hatinya,
mungkin ada agenda tersendiri
politik, peribadi atau untuk rakyat?

takde kesepakatan, maka jadilah perselisihan
kalau ada persepakatan untuk mencapai
persetujuan, ada plak yg menghalang..

pelik..

dah habes bergaduh sesamer bangsa,
bangsa lain pulak menyerang..
kaum Cina (lebih ekstrim dari India, mungkin
kerana India hanya sang minoriti)
sudah mula bersuara,
atas kata kunci persamaan antara kaum
& mungkin juga untuk hak bangsanya,

yup!

kalau aku merupakan bangsa Cina,
aku pon akan rasa, tidak adilnya negara ini
Melayu dapat banyak keistimewaan..
aku pon duduk di negara ini, patut
dapat apa yg diorg dapat
nak nak dgn slogan 1 Malaysia..

tapi...
kita kena ingat,
dan kembali semula bukak buku sejarah (kalau perlu)
telah2 ditunjukkan kepada kita
berbagai2 perjanjian
dan jugak perlembagaan yang menyatakan segalanya

hak-hak dan batasan-batasan setiap penduduk di Malaysia
atau dalam bahasa kasarnya,
ini adalah tanah milik orang melayu
(istilah penumpang utk bangsa lain tidak wajar aku gunakan)

macam kalau kita pegi rumah org utk tidur dalam semnggu
kita kena hormat pada tuan rumah)

dan tak mustahil
satu hari ini kaum minoriti, India dan kaum-kaum lain
akan terus bangkit utk mempertahankan hak masing-masing.

media pun aku nk salahkan
paparkan cerita-cerita negatif antara kaum
cerita kecik je jadikan besar
dan mcm2 crita dipaparkan
bercampur bau, politik, agama, sensitiviti

dan macam-macam lagi
orang melayu xsuka org cina,
org cina xsuka org melayu
dan seterusnya

come on la,
bukan smua melayu baik n bukan smua org cina jahat,
kita sama jer, yang berbeza hanyalah pegangan agama
n yg hanya bleh menentukan jahat ke tidak, adalah
diri sendiri.

jangan membenci tanpa sebab
dan jangan membenci bila org laen membenci.

salam ramadhan & hari merdeka!

jaga diri wahai bangsa Malaysia!

LOCATION : bedroom

EMOTION : worried.

Sunday, May 23, 2010

POST DAH LAMA PERAM..

hola!

mari menulis blog walaupon dlm mood cuti

aku kkdg
xpuas hati
pelik
meluat

geram pon ada jugak
dgn sesetengah manusia
yang menggelarkan aku emosional

terlalu sensitive, banyak prob n macam2 lagi lah
(and more to negative attitudes were pointed to me)


aku ni senang je orangnya
klu aku xsuka, aku cakap
atau maybe aku akan sedaya upaya
untuk elakkan diri daripada benda yang aku xsuka
tak kesahla walaupun 'benda' itu adalah orang sekalipun

hehe.. berbelit


bila kita jujur,
berterus terang
xhipokrit

orang cakap kita.. laser.. mulut celupar and soo on..

tapi mereka xsedar

dalam mereka mencari masalah
pointing mistakes to others
mereka jugak melakukan benda yang sama


kkdg keadaan sama
berputar atau terbalek
tapi dalam sedikit perubahan mungkin


situasi 1

aku paling pantang dgn kwn2 aku ni
yg slu mempersoalkan aku

"kenapa ko xangkat phone aku?"

"kenapa ko xreply msg aku?"

dua ayat ni mmg sluu sangat aku dapat
kkdg
aku bukan xnak angkat o reply msg korang
tapi
jpwnnya aku dh paham sgt
sbb korang tu bukannya jenis kol or msg aku sgt

n korang akan buat 2benda di atas tu biler korang
hanya ada something yang korang nak
nak mintak bantuan contohnya

senang cakap, biler nk something
baru terhegeh2 nk sms or kol
sblum ni bukan maen sombong n xpernah2 hayat
nk contact aku pon kan

situasi terbaleknya

aku ni memang sorg yang berat nk minx tolong dgn org
bukan pe beb
malas nk susahkan orang laen
n sengaja nk ngelak dari kata-kata atau ungkit mengungkit
yang bakal berlaku pada masa depan

sapa tahu kan?

so jarang la aku minx bantuan org
skali aku minx bantuan, aku just sms jer..
biler dh no reply, aku paham.. korang mmg xnak bagi bantuan

n klu keterpaksaan sgt, baru aku gagahkan diri yang berat ni untuk kol
tu pon still no answer..
tapi biler benda tu berlaku, aku just diamkan jer wei

xde la biler aku jumpa korang nnt, aku akan tanya dua soalan bodoh tue.


habes

Tuesday, May 18, 2010

CUTI

hooorayy
akhirnya cuti menjelang tiba
lama giler aku menunggu

so skrg aku nk
campak jauh2
segala kisah pahit duka
seblum menjelangnya cuti nie

walaupon 2mggu je cuti
tapi try to enjoy it

lama sudah tidak menulis
sibuk oh
kali ni betol2 sibuk

lagi teruk
balek2 jer internet streamyx
dh kna terminated..
adeiy..

kna tunggu sbulan lagi
untuk penyambungan balek
ini smua hasil kerja mama n adikku
woahhh

nnt blog lagi ya
pakai celcom broadband kt sni
sangat mencabar prasaan marah
dalam hati

Saturday, April 17, 2010

Mungkin Inilah Jawapannya

baru je beberapa jam
lpas blog seblum ini di post
di ruangan maya nie
tentang ketidak keruan hidup
dan jugak keadaan
aku skrg ni

aku skli lagi
diuji dengan kejadian
yang tak pernah terfikir
ana terjadi

kemalangan
mungkin itu adalah
klimaks kepada ketidaktentuan
hidup aku skrg nie

kemalangan melibatkan aku
dengan pembonceng motosikal
ceritanya begini

aku mengejar masa
utk lepak di McD
dan mengejar masa
McValue lunch yang semakin suntuk

bukan melepak kosong
tapi utk habiskan
seberapa byk final design aku

mungkin salahku
yang clumsy
mungkin tidak

sebab
kepala dh diteleng ke kiri kanan
ke kiri semula
kereta diberhentikan seblum
masuk ke simpang
signal dah pon dipetik
apa lagi?

tapi
cubaan masuk ke simpang gagal
tanpa disedari aku dh melanggar
pembonceng motosikal

ya ALLAH..

parking kreta di tepi jalan
dan terus menyelesaikan
apa yang berlaku
sehemah yang boleh

tapi aku sedar
aku masih ada kawan di sisi
thnx to Syaz, Lan, Daus, Hanis, An & Naz

insyaALLAH
akan ku teruskan menulis di sini
kerana benda ni masih berjalan
dan esok hari
adalah sambungan episodnya
LOCATION : bedroom
EMOTICON : blurr + nervous + shaking

Tak Tau Nape

aku tak tau nape
dekat2 final create design ni
idea aku xdatang
berak sungguh
macam kena block je otak nie
daripada nk bagi idea masuk

aku tak tau nape
dekat2 nk final sem ni
byk plak perangai2
yang menyakitkan hati
daripada kawan2 aku
keluar
dan menganggu ketenteraman aku

aku tak tau nape
dekat-dekat nk ujung sem nie
aku jadi malas sgt
letih pon ada
asyik tdo jer
n xsecergas dlu

aku tak tau nape
adakah aku yang bermasalah
atau org2 di sekeliling aku ni
yang menimbulkan masalah
dekat aku?

aku sebolehnya aku xnak tau
sebab aku nk teruskan hidup mcm biasa
dengan ketenangan
n ketentraman

susah sgt ke nk jaga hati n perasaan org
susah sgt ke nk paham bahasa
atau permintaan org
susah sgt ke nk respect orang

dan aku tak tau nape
yang salah dibela
dan yang betul
didiamkan
walau nampak nyata

tlg beri jawapan
oh tidak
hanya putarkan smua ni
kepada normal
semula

beri aku ruang
untuk bernafas
dan
kembalikan keadaan
seperti dulu


LOCATION : hot room
EMOTICON : tired. stress. depress.

Saturday, April 3, 2010

Gula-Gula ke Rasuah

setiap kali
menjelang pilihanraya
tak kiralah
pilihanraya kecil ke
pilihanraya negeri ke
o pilihanraya umum
parti-parti
atau individu-individu
yang bertanding
akan come out
dgn manifesto
janji-janji
misi dan visi
untuk meyakinkan pengundi
itu bagi aku, bagus

atau
mungkin bagi orang laen
bercakap itu lebih senang daripada membuat
terpulang..

tapi
kkdg aku tersenyum sinis
bila baca artikel-artikel
atau
apa-apa jelah berita pasal p/raya ini
yang di mana
selalunya
calon-calon atau parti-parti
terutamanya daripada kerajaan

yerlah
setiap kali p/raya
bukan setakat bercakap je
mcm2 projek atau gula-gula
yang akan diberikan
peruntukan sekolah
bantuan kewangan
projek pembangunan
apa sahaja
yang lebih kepada visual
atau lebih kepada material
kpd pengundi

yang aku lebih nk senyum sinis
adakah ini tidak dikira seperti gula-gula
atau bahasa kasarnya,
rasuah?

tolong bisikkan ke minda aku
apa definasi rasuah
adakah
hanya dgn memberi wang kepada beberapa kerat
pengundi
atau bantuan beras kepada setiap rumah pon
dikira rasuah?

ada satu insiden seblum PRU ke 12 hari tu
yang membuatkan senyuman sinis aku
bertukar kepada kerutan di dahi

projek mega
projek koridor
dicanang kepada seluruh negeri dan rakyat
terutamanya di P.Pinang

beberapa hari
selepas tumbangnya parti kerajaan
di P.Pinang
dan pembangkang mula mentadbir
beberapa suara-suara lantang
mendesak supaya dihentikan
(mungkin sementara o mungkin selamanya)
projek pembangunan mega di sana
dengan alasan,
kegawatan ekonomi?

apa rasionalnya?
di mana keikhlasan mereka?

dan mungkin lebih menggusarkan
apakah segala bentuk gula-gula yang dijanjikan
akan terus dibuka pembalutnya
dan akan betul-betul disuapkan
kepada pengundi
jika,
pihak pemberi gula-gula itu
tewas dalam p.raya tersebut?

LOCATION : bedroom
EMOTICON : thinking