Sunday, November 27, 2011

KOSONG

Peluk aku
tenangkan aku
hentikan tangisan ini

sampai bila
semua ni perlu
berjalan?

kudrat aku makin minima
untuk bertahan

Tuhan
aku tau Kau sentiasa bersamaku
buktikan kepadaku
aku perlukanMu

Kosong
tapi berisi
berisi sengsara
kosong jiwaku
tanpa bahagia

sampa bila??
warnakan hidup ini
dengan bahagia
yang bukan dipinjamkan
kepada aku

;(

Saturday, November 26, 2011

KEMBALI

aku kembali
ke tempat asal usulku
sedikit ketenangan.. bukan keseluruhan
oklah tu
sekurang-kurangnya
ada penghibur di sekeliling


aku tanggalkan
dan tinggalkan
separuh minda aku
di kota yang banyak sangat ragam


dan aku 3mggu lepas
mengenali lagi pelakon-pelakon baru
di satu alam yang aku gagahkan
untuk aku berada di sana



ya berat memang berat
sebabnya aku jenis orang yang
lambat untuk mengadaptasi diri
dengan atmosfera baru

pelakon-pelakon itu
setakat ini
sangat baik wataknya
dan sangat tebal graviti mereka
terhadap atmosfera di situ

kadang-kadang
memang sukar
bila dua dunia berbeza
hidup dalam satu tempat

takpelah


hari demi hari
aku cuba menyerap
dengan keadaan itu



jumpa lagi (: