Friday, April 24, 2009

LELAKI kannn...

"eh kemasla bilik ko.. macam bilik perempuan..."

"ni la rumah students laki yang paling lengkap pernah aku tgk..."

"it's like a gurl works.. oh is da yours?"

"ko pakai pencuci muka ker? mcm perempuan la..."

haha itu antara ayat2 cinta eh ayat2 yg slu aku dengar (byk lagi sbnrnya) dalam idup aku..
mesti org lain pon sama jugak mcm aku.
samada benda ini realiti or mentaliti, pelik ke klu laki jaga kekemasan diri & alam sekitar..

belum kira laki yg buat kerja perempuan o keje yg laki jarang buat..

spnjg aku idup ni kan, aku slu dengar laki ni slu dikaitkan dgn xtau jaga kebersihan.. dlu la.. skrg ni aku rasa ramai dh kot laki yg pandai jaga kebersihan n kekemasan terutama diri sendiri.. tp stil jugk dipersoalkan.. naper..
ok wat..

lagi satu, klu laki yg jnes jaga kebersihan yg smpai tahap pakai toner, foundation bla bla bla tue..mmg laki kaw kaw la kena kondem..
tp bg aku, diorg ni rajin giler.. smpai nk toner2.. aku plak malas.. nk membasuh+cuci muka pon dah kemalasan.. sbb tula muka xensem.. huhuhu.. laki kann..


ada lagi.. klu nk jadi laki, mesti kna simpan misai, janggung, jambang.. baru laki..
nak lagi best.. klu xdak bulu di bwh lengan.. lagi xlaki.. euu!
klu jnes yg berbau harum 24 jam xpe gak.. ini.. perrggh.. aku yg laki ni pon jadi malu beb.. kkdg bleh nk pitam klu duk seblah menyeblah.. kang aku tutup idung korg terasa lak.. tu blom lagi adegan geseran secara xsengaja antara satu sama lain.. haha


mcm dlm keje2 design pon.. sama gak.. waktu aku sem 1 dlu.. ada kwn kpd kwn aku.. dia tu perempuan.. dia bleh igt keje aku tu pompuan yg buat.. lecturer pon sama.. tp aku xkesah.. igt perempuan je ke bleh buat keje kemas2.. sbb dlu aku tadika kt tadika kemas.. so myb ada la sikit nilai2 kekemasan yg masih tggl dlm diri aku..


sesetengah laki tu kan.. pantang nmpak perempuan..(erkk mestila.. klu laki pantang nmpak laki..aa itu laen topik kita citer).. tp aku plak pantang klu nmpak laki yg.. adoi.. gatai nk mampos.. klu suke o nk ngorat awek tu sket pon, be cool la wei.. jgn la nk tunjuk glojoh sangat.. nak2 klu jnes muka yg pecah rumah.. awal2 kang keja reject.. korg sumpah seranah diorg plak.. ada plak yg jnes duk ske buat bunyi tikus tue.. (kkdg gaya paggil anney kt kedai mamak..hehe).. malu seh.. dh mcm terhegeh2 plak.. perempuan bukan satu wei.. laki kaann..


cakap bab gatal ni mmg otomatik tuju kat laki.. tp zaman dh maju beb.. paper pon smakin hari smkin kecil.. (haha iklan berita harian).. ada citer.. ritu aku lepak sensorg kt mamak.. ada awek chinese ni jual rokok kt depan sorg2.. sian dia.. dhla lawa.. tetiber ade sekor mamat ni datang kt awek tue.. sembg2 jugkla.. tp gaya pandang mamat tu bukan mcm nk bli rokok.. cara pandang gatal giler.. lpas tu xckup dgn tu, sekor lagi kwn dia dtg.. kawn dia tu yg aku xtau xde isap rokok.. pegang batang rokok pon xpnah.. pgg batang lain aku xtau laa. last2 xbli ape.. ee ksian lak kt awek tue.. tmbah lagi muka 2ekor dhla xensem pon.. yg xbestnyer, 2 2 tu kawn aku..


as a conclusion (pengaruh aku buat report satu sem..), laki ni mmg slu dikaitkan dgn benda2 negative jer.. klu buat benda yang lain dari norma kehidupan laki wpon benda tu baik pon dipandang negative.. so, pandang ke hadapan, jgn pandang belakang , jangan tegur..

ciao-

Saturday, April 18, 2009

MERAH.PUTEH



ha.. biler aku tgk iklan citer ni kt tv.. mcm rasa interested plak nk tgk drama nie..
lpas aku tau drama ni keluaran RADIUSone production.. lagila aku xsabar nk tgk

sbb.. citer2 yang dibuat oleh RadiusOne ni mmg best
laen dari yang laen..

last citer yg aku tgk yang citer sindarela.. best giler..
mula tu xlayan.. tp bila dh tgk satu 1episod jer, terus tangkap layan (perkataan baru utk hari ini)..

quick synopsis yang aku tau pasal citer ni.. adaptation dari citer bawang merah bawang puteh..
tp yang uniknya (RadiusOne always come out with different n amazing n brilliant ideas!!) citer nie, bawang merah puteh tu laki..

n so far aku tgk citer nie.. diorg ni xbergaduh.. gud siblings..
tp permulaan citer ni agak lembab n kurang elemen kelakar la compared to Sindarela yang aku nk pecah perut..

tp of course la citer ni better dari citer bawang merah puteh version indonesia yang merapu, khurafat n sbgnya tue.. hahaha

yang xbestnya, citer ni time petang je.. time mlm ada gk ulangan kt tv9.. tp rumah aku xdpt tv9.. damnn!!!

n disebabkan skrg ni aku busy giler.. so aku byk miss la pasai citer nie..
tp klu aku free, aku akan catch up balek kt internet..

FINALLY! haha

yo!

smlam.. eh hari khamis ritu, aku sempat lagik meluangkan masa pegi ke Jusco dgn 2orang kawan aku wpon pada esoknya (iaitu bersamaan hari Jumaat) aku ada presentation English di mana preparationnya xsmpai 50% pon..

aku dh target.. xnak pegi lelama.. lgpon aku ada mission nk pegi sane
i have to buy contact lense + kasut kulit kaler itam

dh lama aku xpakai lense.. asyik bergantung kt spek mata yang bleh men'spero'kan mata aku nih...
beberapa minit sblum blah tu, tetiber aku rasa nk gi Secret Recipe.. aleh2 teringat aku pada KFC!
ya..! i got something to DEAL with KFC...
ah lama dah aku pk pasal benda tue..
n dh lama jugakla aku postpone.. sigh...

ermm.. lemme reveal apa benda tue..




MAAF GAMBAR FLOOR PLAN
SUDAH HILANG!

floor plan view (menggunakan bahasa akitek.. korang apa tau...)




pandangan hadapan.. (still menggunakan bahasa akitek)



yahh.. plastik sudah dibuka.. jeng jeng jeng...



tada... cumell gilerrrrrr.. hahaha taksub taksub



tetap comel wpon background gmbar berubah..


xpedulik apa kata orang
akhirnya aku dpt bli jugak tabung KFC nie.. huhu kecoh je kan

xde, actually its look cute la..
lgpon teringin dlu2.. kak aku pnah ada.. tp time tu bukan tabung.. tapi radio
yang specialnya about dis tabung, siap ada muzik lagi bila masuk duit


wakakakaka...



so skrg i can say gudbye to botol mineral.. cewwah poyo lagik..
but tabung ni agak berat la tambah2 lagi when its come to full..
tp xpe.. yang penting aku epy... =)

Tuesday, April 14, 2009

IKTIBAR

TAKEN FROM http://www.kosmo.com.my/
*klu rajen bacala sampai habes


MALANG GADIS QATIF


Susunan FATIMI NADIAH ZAINUDEEN


Ketujuh-tujuh perogolnya hanya didapati bersalah kerana menculik manakala dia pula dihukum 200 sebatan!


PENDEDAHAN Gadis Qatif mengenai nasib yang menimpa dirinya kepada media menyebabkan dia menerima hukuman berganda.


Menurut undang-undang Arab Saudi, seorang wanita tidak boleh memandu kereta atau bersendirian di dalam kereta yang sama dengan lelaki yang bukan muhrim.


Disebabkan itu, seorang remaja perempuan berusia 19 tahun yang hanya dikenali sebagai Gadis Qatif (nama berdasarkan tempat kejadian) dijatuhi hukuman 90 sebatan, biarpun dia merupakan mangsa rogol bergilir-gilir tujuh lelaki.


Hukuman itu kemudiannya digandakan kepada 200 sebatan dengan enam bulan penjara atas dakwaan dia cuba mempengaruhi keputusan juri apabila tampil membuat pendedahan tentang pengalamannya kepada media.


Ketujuh-tujuh lelaki tersebut dijatuhkan hukuman penjara antara dua hingga sembilan tahun atas dakwaan menculik. Bagaimanapun pihak pendakwa gagal membuktikan Gadis Qatif dirogol setelah hakim mengabaikan bukti rakaman video dalam telefon bimbit penyerang.


Kisah hitam itu sebenarnya bermula apabila Gadis Qatif bertemu dengan bekas kekasihnya untuk meminta semula gambar yang pernah diberikan memandangkan dia sudah berkahwin dengan lelaki lain pada tahun 2006.


“Ketika kejadian saya berumur 18 tahun dan pernah mempunyai hubungan dengan seorang lelaki. Saya tidak pernah berjumpa dengannya sebelum ini.


“Saya hanya mengenalinya melalui suaranya. Dia meminta gambar saya tetapi saya menolak.
“Selepas itu dia mula mengugut untuk memberitahu keluarga saya tentang hubungan kami dan saya menjadi takut. Jadi saya bersetuju untuk memberinya gambar saya,” cerita Gadis Qatif.
Beberapa bulan kemudian, Gadis Qatif meminta gambar itu semula kerana dia sudah bernikah dengan lelaki lain tetapi lelaki berkenaan enggan memulangkannya.


“Kata lelaki itu, ‘Saya akan kembalikan gambar ini dengan syarat awak bertemu saya di dalam kereta saya’,” sambungnya.
Mereka bertemu di sebuah pasar berdekatan plaza di Qatif. Selepas itu, lelaki tersebut memandu untuk menghantarnya pulang. Rumah Gadis Qatif cuma 15 minit dari situ.


MUNGKINKAH para penculik melarikan Gadis Qatif ke ladang kurma seperti ini?
Diperkosa di ladang kurma
Namun ketika memasuki satu selekoh, sebuah kereta berhenti di depan kereta mereka. Dua lelaki keluar, salah seorang daripadanya memegang sebilah pisau. Lelaki itu cuba membuka pintu di tempat Gadis Qatif duduk.


Walaupun Gadis Qatif memberitahu bekas kekasihnya supaya tidak membuka pintu, dia tetap membukanya.
“Saya diacukan pisau ke leher dan diarahkan supaya tidak membuat bising. Mereka menolak kami ke tempat duduk belakang dan mula memandu.


“Mereka membawa kami ke sebuah kawasan yang dikelilingi pokok kurma. Tidak ada sesiapa pun di situ. Jika anda membunuh orang pun di situ tidak ada sesiapa yang akan tahu.
“Mereka membawa saya ke sebuah bilik yang gelap dan meyuruh saya membuka pakaian ‘abaya’ saya.


“Lelaki yang memegang pisau tadi memperkosa saya. Kehidupan saya hancur. Jika saya cuba melepaskan diri sekalipun, saya tidak tahu ke mana hendak dituju.
“Saya cuba sedaya upaya untuk melawan mereka tetapi tidak berdaya. Seorang lagi lelaki masuk dan melakukan perkara yang sama terhadap saya. Selepas itu saya sudah tidak berasa apa-apa.


“Dua jam saya merayu kepada mereka supaya menghantar saya pulang. Kemudian lelaki ketiga pula masuk. Saya diperlakukan dengan amat kasar. Lelaki keempat masuk selepas itu. Dia menampar dan mencekik saya.


“Lelaki kelima dan keenam paling kejam. Selepas lelaki ketujuh, seluruh tubuh saya terasa kebas. Seorang lelaki yang sangat gemuk menindih saya.
“Saya tidak dapat bernafas. Kemudian ketujuh-tujuh lelaki tadi datang semula dan memperkosa saya sekali lagi sebelum mereka menghantar saya balik ke rumah.


“Saya tidak dapat berjalan langsung selepas keluar dari kereta mereka.
“Saya tidak makan selama seminggu selepas itu, hanya minum air. Saya juga tidak memberitahu sesiapa.
“Tetapi ketujuh-tujuh perogol itu mula bercerita dengan orang kampung. Mereka menyangka suami saya akan menceraikan saya dengan cerita itu.


“Mereka mahu merosakkan nama baik saya. Akhirnya suami saya mengetahui kejadian itu. Abang saya memukul dan cuba membunuh saya,” akui Gadis Qatif dalam satu kenyataan terbuka.


Pengampunan Raja Abdullah
Kenyataan secara terbuka itulah yang dikatakan telah mempengaruhi mahkamah Arab Saudi untuk menggandakan hukuman ke atas wanita malang itu.
RAJA ABDULLAH


Bekas teman lelakinya juga dijatuhkan hukuman 90 sebatan kerana berdua-duaan dengan Gadis Qatif di tempat terlindung.
Kes kontroversi ini telah ditenangkan pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah yang mengampunkan Gadis Qatif.


Suami mangsa menerima berita itu dengan baik. “Saya gembira, begitu juga isteri saya dan ia pastinya dapat membantu mengurangkan penderitaan psikologi dan sosial yang dialami.
“Kami berterima kasih kepada Raja Abdullah kerana perhatian dan kasihnya.”


Friday, April 3, 2009

No COMMENT

hiyarghh
wuiyo dah lama jugak xupdate blog..
mcm biasala alasan.. bz.. xde mood nk tulis.. but da major prob is susah nk dapat connection
but starting now, no more dah..
sbb aku dh apply broadband.. yippie..

tp masalahnya, aku xde modem..
tgh confuse ni.. nk bli modem ke nk bli hp..
klu bli modem, lmbt lg la aku nk bli hp
klu nk bli hp, bajet xckup lagi..
wuu sdeh btoi..

anyway...
adala aku dapat feedback dr kawn2 aku yg bgtau diorg xleh nk drop comments kt blog aku nie
aku pon xtau nk ckp cner..
sbb ritu aku dh tukar setting dah..
but still xleh nk drop lagi..

see... even blogspot jeles dgn aku
hahaha prasan..

tp mmg sayangla.. ramai tu nk komen..
yela.. kang nnt blog ni dianggap tiada pengunjung plak..
wah poyo...

ni pon aku just drop what i call 'warm up' post..
hahaha

yela.. aku curik2 masa je nie
lagipon setelah application utk broadband aku sudah suksess..
huhu hepi...

lpas ni aku nk tdo.. xlarat dah
dh 2 3 malam xcukup tdo..
smlam xtdo lansung... aleh2 klas cancel... damn!
tp bersyukur jugak.. huhuhu...

tidur dlu ya buk!