Sunday, May 31, 2009

MOUSE

tadi, aku umpama kucing yang mencari2 si tikus. tidak. dari 2 hari lepas sebenarnya. tapi hampa kerana smlm peniaga merehatkan tenaga. sedikit sebanyak aku disusahkan.



memburu si tikus kali ini agak mencabar. jauh dari apa yang kotak fikiran aku fikirkan. keadaannya agak lain dari waktu2 dahulu yang aku pon sudah lupa. mungkin terlalu lama tapi masih tersimpan kemas dalam ingatan.

mencari si tikus jugak kali ni benar mencabar kesabaran. di saat poket yang kering. salahku jugak. tidak membawa pulang tikus tanpa ekor pulang sewaktu di awal cutiku ini. ah.. xperlu disesalkan.

merata pelosok sudah ku selongkar. namun tiada yang memuaskan mataku. semua tikus yang ku jumpa biasa2 saja. adapon yang cantik tetapi mahal. aah.. berfikir lagi. ku terus memburu lagi si tikus.
mahu cari yang cantik dan comel tp murah nilainya. bolehkah? knapa dlu boleh? sekarang tiada lagi begitu? terus mencari dan mencari. wahh mahal sungguh harga tikus2 ketika ni. kusangkakan di sini lagi murah harga diri tikus. rupanya meleset.

akhirnya ku mengalah pada keinginanku. dan memujuk hati pilu. hanya sementara sahaja si tikus akan berkhidmat denganku. bila ku pulang ke kl, si tikus ini akan ku rehatkan dgn tenang di sini.

aku menuju ke kedai yang mula2 menjadi persinggahanku untuk membeli si tikus. yah.. tidak terlalu comel. berbaloilah. semurah harganya. dan alhamdulillah. si tikus tidak meragam dan bekerja dengan baiknya untukku. harapnya begitulah untuk hari2 seterusnya.

kini ku gembira. akhirnya ku miliki juga si tikus untuk membantu aku melakukan aktiviti mengisi masa lapangku.

inilah si tikus.

p/s : gaya bahasa sedikit berbeza dengan post2 seblum ini. jangan betulkan internet anda.

Friday, May 29, 2009

BF's Birthday

pada 25 may yg lpas, aku telah meluangkan satu hari bersama2 dgn rakanku yg bleh dikategorikan rapat. Tujuanya adalah utk meraikan birthday dia.. hahaha skema btol ayat..

actually aku nk jgk celebrate bestday aku (wlaupun bestday aku dh lepas lama dahh.. ahh xkira!) time tu dengan melantak kek secret recipe yg dh lama xmakan... yerla.. time bestday aku xde celebration pon.. sad..

awal2 msg dh gaduh.. blom jmpa lagi time tue.. on the way nk jmpa.. dia salahkan aku cakap macam tu mcm nie.. eee sekeh jugak aku budak nie.. dhla tue. dia ske2 kutuk aku pakai kasut.. xtaukah dia kasut yg aku pakai tu mahal? huhuhu~

anyway, nama bestfren aku tu zamry. dia tu single. aku pon single. klu nk ngorat dia, bek ngorat aku jer.. (hahaha xnk bg chance kt hang zam!)

berpura-pura malu2 nk bergambar

ptg tu dengan xde arah tuju, kitorg pegi alor star. dh smpai sana pon still xde motif. tp lpas tu kitorg decide pegi sentosa.daripada nk carik hard disk (kononnyer) terus pegi survey hp.. hoho..



haa ni la zamry

tak cukup 1. satu lagi (setelah diugut)

td malu2, skrg dia plak lebih2


survey je bukan bli. dh habes satu sentosa, rasa lapar plak. tp xtau nk mkn ktne. nk mkn McD tp dh lpas pkol 3.. keh3.. terus dia bwk aku pegi mkn kt stadium. tp aku bising2 nk secret recipe. finally, mkn kt stadium. huhuhu



melantak ABC & kotiaw kerang. nyum nyum




dah kenyang kitorg balek.. n aktviti makan secret recipe terpaksa ditunda ke malam. huhu

bergambar sebelum pulang, bergaduh kembali selepas bergambar.


malam tu plak, dia dtg menjemputku di luar rumah. yela xkn dlm rumah plakkan. dia ckp nk bwk aku g makan kt dusun. aku xamek port sgt sbb dia ni jenis merapu sket. skali betoi. tp dusun tu nama utk restoran tu. bukan kitorg mkn dlm dusun buah buahan ke hape.oh begitu



sblum gi dusun tu pegi jap menyerang secret recipe wpon dh nk tutup. ah xkira xkira. tgh2 duk makan tu, membe aku ni plak bleh duk bising2 kata dia ngantuk. adeh mangkuk btol. lpas tu kek secret tu pon xhabes. huhu terpaksa ditapau ke rumah.




ni kek dia... sama x mcm tuan dia? muahaha..!!




orang n jenis kek berbeza. tp aktivitinya sama.



tulah aktiviti seharian aku. xperlula nk romantik2 kan. dia tu bukannya awek aku. ha3..lpas mkn kitorg blah rumah masing2 n aku sure dia terbongkang tidur lpas balek. & aku plak.?terpaksa kluar rumah balek sbb terlupa nk bli ridsect dgn topup yg mama aku suruh. senget~!

Monday, May 25, 2009

suKAMU

kali pertama kita bertemu
ku buat xtahu pada dirimu
walaupun dalam hatiku ada sesuatu
darimu

tapi semakin menjauh semakin aku kau dekati
memberi harapan yang tak pasti
bila aku rasa sesuatu
lantas cuba mendekati kamu

oh.. ternyata ku suka padamu
tapi ku pasrah bila frenstermu ku buka
ku lihat kau dan cintamu
tidak tidak! umpama serpihan kaca hati ku hancur
tak terkata...

sejak itu
ku mula jauh dari mu
membawa diri menyendiri sepi
walau sering bertemu
dirimu ku elakkan namun kau sentiasa
mahu kewujudanmu dirasai
kenapa bgitu?

hari berganti hari
ku mengalah pada suratan untuk mendampingimu
waktu lapangku menjengah kembali ke ruang frenstermu
ah.. nyata tiada lagi gambar mesra kau dan cintamu

ku tersenyum
walaupun senyuman itu tidak bagus bagi kau & cintamu
dan kembali mendekatimu
ku mula bermimpi
saat indah andai kita bersama
namu pasrahku karna ku sedar
harapan untuk milikimu sukar

kini anganku tingal butiran bak pasir
kerna kau kembali bahagia dgn cintamu
oh mengapa begitu di saat ini
bila kau mula mengisi ruang di hati

akhirnya ku menyerah
aku hanya mahu kau
berhenti memberi harapan untukku
teruskan mencintai cintamu

biar ku tunggu
mungkin ada sinar keajaiban berlaku
sabarku menanti dirimu
walau kepastian untuk itu samar

** benda kat atas ni (aku xtau nk panggil ape.. tp lyric lagu actually) aku tujukan pada sang DIA walaupun aku tau dia xtahu pasal benda nie.. arghh gilerr!

Saturday, May 23, 2009

KOSONG

ah.. serabut sungguh otakku tika nie
mcm2 berlegar dlm setiap sudut mindaku..
tiba2 jadi mcm nie

bleh parah
sakit sakit..

bagaimana nk tenang walau cuti 2bulan lamanya..
jiwa aku kosong.
sekosong tin minuman yang sudah habis diteguk

dh 2hari berlalu kosong aktivitiku..
ada pula rakan menambah kusut
mengeruhkan persekitaran otakku..

tlglah jgn menambah pencemaran dalam diriku
sesungguhnya engkau itu kawanku..

sebagai si kerdil yang belum cukup kenal dunia & apa itu kehidupan selengkapnya
ini baru sikit.. mungkin.. jika umurku panjang..

macam2 rasa ketika ini
menyesal, sedih, gusar, kecewa, pilu
aahh lebih banyak negatif dari positif

tika ini jugak
baru Tuhan yang dicari
rutin manusia kan..

buntu
apa patut aku buat..
terus sesal sesal dan meratap sampai habes 2 bulan inikah
oh.. terus termenung..

Friday, May 22, 2009

MB

seblum pape hal, aku nk terus post pasal politik yang berlaku kt Perak..
skrg ni mahkamah duk tgh bersidang nk tentukan permohonan Dato' Zambry (menteri besar BN) menentang keputusan mahkamah tinggi yang terang2 isytihar Ir. Nizar tu menteri besar Perak yang SAH.. diulangi.. SAH..!

aku pon plek
knape nk rayu2 lagi.. kan dh kuar mahkamah
adakah korang buat rayuan tu untuk xnk dapat malu.. atau mmg btol2 bersungguh2 nk sangat negeri Perak tue..

dhla ritu korang rampas Perak dari diorg.. lpas korang bising2 kt Anwar yang beria2 nk ajak MPs lompat melompat parti..
last2 sendiri yang buat.. mcm jilat ludah balek la..

seblum rampas tu, xleh tunggu dlu ker.. Ir. Nizar tu dh nk submit permohonan pon nk bubarkan DUN.. bukannya diorg degil xnak lepaskan negeri PERAK tu walhal diorg tu pemerintah time tue.. sabarla skit bang..

n bg aku, its fair pe klu buat pilihanraya balek.. sbb peluang utk 2 2 belah 50-50.. its win win situation.. yerla.. xsemestinya rakyat akan sokong balek PR klu diorg buat Pilihanraya selepas rakyat dihidangkan dengan kucar kacir pemerintahan PR kt PERAK..

aku pnah lepak sembang dgn kwn aku yang ayah dia ada kaitan dgn suasana di PERAK.. n dia bagi alasan yang sooo sooo xmunasabah o munasarawak.. dia cakap.. "Edy, skrg kan kegawatan ekonomi, so mcm membazir la klu buat pilihanraya"..

oh hello.. mcm takut je alasan anda itu.. BN kaya per.. n klu diorg betul2 nk berjuang utk dapatkan PERAK tue, duit bukan alasan beb! ala klu diorg menang PERAK, duit modal buat Pilihanraya tu bleh rolling balek per.. heh!~

n then skrg ni keadaan dah jadi panjang n berlarutan hingga ke anak cucu.. duk main tarik tali.. biler tah tali nk putus biar dua2 terjatuh..

n then aku terharu giler bila PR akan buat pembubaran DUN if Ir. Nizar menang MB.. see.. xego pon diorg kan..

aku ni bukan nk bias mana2 pihak.. (yeker?) huhu.. tp pk la baik2. yang gaduh pon org2 Melayu.. takut nnt ada org lain amek kesempatan..

n keputusan akan diumumkan lbeh kurang 3.30ptg hari nie.. xtaula apa keputusannya pulak dis time.. haih..