Sunday, May 31, 2009

MOUSE

tadi, aku umpama kucing yang mencari2 si tikus. tidak. dari 2 hari lepas sebenarnya. tapi hampa kerana smlm peniaga merehatkan tenaga. sedikit sebanyak aku disusahkan.



memburu si tikus kali ini agak mencabar. jauh dari apa yang kotak fikiran aku fikirkan. keadaannya agak lain dari waktu2 dahulu yang aku pon sudah lupa. mungkin terlalu lama tapi masih tersimpan kemas dalam ingatan.

mencari si tikus jugak kali ni benar mencabar kesabaran. di saat poket yang kering. salahku jugak. tidak membawa pulang tikus tanpa ekor pulang sewaktu di awal cutiku ini. ah.. xperlu disesalkan.

merata pelosok sudah ku selongkar. namun tiada yang memuaskan mataku. semua tikus yang ku jumpa biasa2 saja. adapon yang cantik tetapi mahal. aah.. berfikir lagi. ku terus memburu lagi si tikus.
mahu cari yang cantik dan comel tp murah nilainya. bolehkah? knapa dlu boleh? sekarang tiada lagi begitu? terus mencari dan mencari. wahh mahal sungguh harga tikus2 ketika ni. kusangkakan di sini lagi murah harga diri tikus. rupanya meleset.

akhirnya ku mengalah pada keinginanku. dan memujuk hati pilu. hanya sementara sahaja si tikus akan berkhidmat denganku. bila ku pulang ke kl, si tikus ini akan ku rehatkan dgn tenang di sini.

aku menuju ke kedai yang mula2 menjadi persinggahanku untuk membeli si tikus. yah.. tidak terlalu comel. berbaloilah. semurah harganya. dan alhamdulillah. si tikus tidak meragam dan bekerja dengan baiknya untukku. harapnya begitulah untuk hari2 seterusnya.

kini ku gembira. akhirnya ku miliki juga si tikus untuk membantu aku melakukan aktiviti mengisi masa lapangku.

inilah si tikus.

p/s : gaya bahasa sedikit berbeza dengan post2 seblum ini. jangan betulkan internet anda.

No comments: