Wa dah bosan
Bernafas di kalangan berjuta-juta manusia
yang macam-macam sifat dan warna
Wa dah bosan
dgn hidup yang sentiasa menjaga hati,
perasaan orang laen
tapi hati sendiri disiat-siat
Wa dah bosan
bernafas tersekat-sekat
dalam topeng
untuk terus bernyawa dalam dunia hipokrit
Wa dah bosan
Menjadi hamba persahabatan yang kononnya indah
dan kemudiannya ditinggalkan
Wa dah bosan
untuk terus disakitkan
berulang, berulang, lagi dan terus berulang
wa dah bosan
menjadi bola dalam perlawanan
dan di sepak ke dalam gawang bila
matlamat tercapai
wa dah bosan
untuk menjadi cermin yang berhabuk
kepada manusia yang selalu mahu melihat diri
tapi tak ingin membersihkan
wa dah bosan
untuk terus jadi anak panah
yang mulanya ditarik akhirnya dilepaskan
demi keinginan sendiri
wa dah bosan
untuk selalu memberi peluang kedua
kepada yang ringan mengemis kata-kata maaf
Tuesday, January 19, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment