Saturday, December 4, 2010

PRAKTIK-kan

tanggal 24october yang lepas
aku dengan tekadnya
telah memasuki sebuah lagi fasa
baru dalam kehidupanku
iaitu

menjalani latihan praktikal
internship
dan nama-nama lain yang semaksud
dengannya

ya 24oktober
aku tau aku selalu menulis citer yang
dah lepas..
forgive me..
huhu

perasaan time tu mmg berkecamuk
takut weih
dalam kepala otak nie duk berkata-kata

cukup ke ilmu arkitek aku nih?
kang time-time tgh bekerja tu
ada samting yg aku xtau
mesti diorg akan cakap
"aik takkan yang ni pon xtaw?"

oh tidaaakk
tapi nk sedapkan diri punya pasal
kenala kluar dgn ayat-ayat pendinding camnie
"yerla.. nama pon praktikal kan.. mmg time for
learning pon" - heh!

1st week mmg rasa cam nk berhenti
(tula perasaan aku biler kt tempat yg asing & baru)
tp kuatkan diri..
jgn mengalah.. hehe

weeks by weeks smua jadi best
tapi disebabkan aku dh ngantuk skrg nie,
so benda ni akan tergantung
dan insyaAllah akan bersambung.


EMOTICON : Yawning
LOCATION : On the bed

Tuesday, November 16, 2010

KEMBALI SEMULA

fuhh fuhh (bunyi tiup habuk kt blog nih!)
haha

hola!
lepas dah sangat-sangat taktaw nak buat ape, akhirnya
dh dapat hidayah untuk kembali menitipkan kata-kata
di sini. walaweh ayat.

tp aku xnak crita pasal benda-benda berat.
just nk warm up a.k.a stretching jari jemari aku nih

oh ya.
esok hari raya haji.
mcm biasalah, sesetengah daripada kita kureng sikit
meraikan hari raya kedua umat Islam nie.

yup. tahun ni memang jelas kelihatan nak2 bagi
mereka yg tinggal di Kuala Lumpur terutamanya.
herrm...

bagi aku, personally, memang kureng sikitla tahun nie.
sbb aku sangat keletihan untuk membuat persiapan
yang very the vazz (gedik giler ayat!)

sebab apa keletihan? next blog wa titipkan (hahaha).


salam 'aidil adha. :)


LOCATION : on the bed.

EMOTION : SUMPAH TAK STABIL WEH!

Sunday, August 29, 2010

NEGARAKU

aku semakin risau
dengan apa yg berlaku skrg
tengok keadaan dunia skrg

oh tidak..
mari kita khususkan lagi
kerisauan aku

sebenarnya

aku teramat sangat risau
dengan apa yg berlaku dalam
negaraku skrg ni,
yah, Malaysia!

keadaannya xmcm dlu dowh!
smpai satu tahap otak ni terpikir,
di mana aku skrg? di mana aku berada?
kenapa lainnya suasana daripada dlu?

dari mana mulanya smua ni
nak salahkan sape eh?

melayu bergaduh sesamer sendiri
yg kononnya sbb nk menegakkan sesuatu
atau memperjuangkan apa yg perlu
tapi dalam isi hatinya,
mungkin ada agenda tersendiri
politik, peribadi atau untuk rakyat?

takde kesepakatan, maka jadilah perselisihan
kalau ada persepakatan untuk mencapai
persetujuan, ada plak yg menghalang..

pelik..

dah habes bergaduh sesamer bangsa,
bangsa lain pulak menyerang..
kaum Cina (lebih ekstrim dari India, mungkin
kerana India hanya sang minoriti)
sudah mula bersuara,
atas kata kunci persamaan antara kaum
& mungkin juga untuk hak bangsanya,

yup!

kalau aku merupakan bangsa Cina,
aku pon akan rasa, tidak adilnya negara ini
Melayu dapat banyak keistimewaan..
aku pon duduk di negara ini, patut
dapat apa yg diorg dapat
nak nak dgn slogan 1 Malaysia..

tapi...
kita kena ingat,
dan kembali semula bukak buku sejarah (kalau perlu)
telah2 ditunjukkan kepada kita
berbagai2 perjanjian
dan jugak perlembagaan yang menyatakan segalanya

hak-hak dan batasan-batasan setiap penduduk di Malaysia
atau dalam bahasa kasarnya,
ini adalah tanah milik orang melayu
(istilah penumpang utk bangsa lain tidak wajar aku gunakan)

macam kalau kita pegi rumah org utk tidur dalam semnggu
kita kena hormat pada tuan rumah)

dan tak mustahil
satu hari ini kaum minoriti, India dan kaum-kaum lain
akan terus bangkit utk mempertahankan hak masing-masing.

media pun aku nk salahkan
paparkan cerita-cerita negatif antara kaum
cerita kecik je jadikan besar
dan mcm2 crita dipaparkan
bercampur bau, politik, agama, sensitiviti

dan macam-macam lagi
orang melayu xsuka org cina,
org cina xsuka org melayu
dan seterusnya

come on la,
bukan smua melayu baik n bukan smua org cina jahat,
kita sama jer, yang berbeza hanyalah pegangan agama
n yg hanya bleh menentukan jahat ke tidak, adalah
diri sendiri.

jangan membenci tanpa sebab
dan jangan membenci bila org laen membenci.

salam ramadhan & hari merdeka!

jaga diri wahai bangsa Malaysia!

LOCATION : bedroom

EMOTION : worried.

Sunday, May 23, 2010

POST DAH LAMA PERAM..

hola!

mari menulis blog walaupon dlm mood cuti

aku kkdg
xpuas hati
pelik
meluat

geram pon ada jugak
dgn sesetengah manusia
yang menggelarkan aku emosional

terlalu sensitive, banyak prob n macam2 lagi lah
(and more to negative attitudes were pointed to me)


aku ni senang je orangnya
klu aku xsuka, aku cakap
atau maybe aku akan sedaya upaya
untuk elakkan diri daripada benda yang aku xsuka
tak kesahla walaupun 'benda' itu adalah orang sekalipun

hehe.. berbelit


bila kita jujur,
berterus terang
xhipokrit

orang cakap kita.. laser.. mulut celupar and soo on..

tapi mereka xsedar

dalam mereka mencari masalah
pointing mistakes to others
mereka jugak melakukan benda yang sama


kkdg keadaan sama
berputar atau terbalek
tapi dalam sedikit perubahan mungkin


situasi 1

aku paling pantang dgn kwn2 aku ni
yg slu mempersoalkan aku

"kenapa ko xangkat phone aku?"

"kenapa ko xreply msg aku?"

dua ayat ni mmg sluu sangat aku dapat
kkdg
aku bukan xnak angkat o reply msg korang
tapi
jpwnnya aku dh paham sgt
sbb korang tu bukannya jenis kol or msg aku sgt

n korang akan buat 2benda di atas tu biler korang
hanya ada something yang korang nak
nak mintak bantuan contohnya

senang cakap, biler nk something
baru terhegeh2 nk sms or kol
sblum ni bukan maen sombong n xpernah2 hayat
nk contact aku pon kan

situasi terbaleknya

aku ni memang sorg yang berat nk minx tolong dgn org
bukan pe beb
malas nk susahkan orang laen
n sengaja nk ngelak dari kata-kata atau ungkit mengungkit
yang bakal berlaku pada masa depan

sapa tahu kan?

so jarang la aku minx bantuan org
skali aku minx bantuan, aku just sms jer..
biler dh no reply, aku paham.. korang mmg xnak bagi bantuan

n klu keterpaksaan sgt, baru aku gagahkan diri yang berat ni untuk kol
tu pon still no answer..
tapi biler benda tu berlaku, aku just diamkan jer wei

xde la biler aku jumpa korang nnt, aku akan tanya dua soalan bodoh tue.


habes

Tuesday, May 18, 2010

CUTI

hooorayy
akhirnya cuti menjelang tiba
lama giler aku menunggu

so skrg aku nk
campak jauh2
segala kisah pahit duka
seblum menjelangnya cuti nie

walaupon 2mggu je cuti
tapi try to enjoy it

lama sudah tidak menulis
sibuk oh
kali ni betol2 sibuk

lagi teruk
balek2 jer internet streamyx
dh kna terminated..
adeiy..

kna tunggu sbulan lagi
untuk penyambungan balek
ini smua hasil kerja mama n adikku
woahhh

nnt blog lagi ya
pakai celcom broadband kt sni
sangat mencabar prasaan marah
dalam hati

Saturday, April 17, 2010

Mungkin Inilah Jawapannya

baru je beberapa jam
lpas blog seblum ini di post
di ruangan maya nie
tentang ketidak keruan hidup
dan jugak keadaan
aku skrg ni

aku skli lagi
diuji dengan kejadian
yang tak pernah terfikir
ana terjadi

kemalangan
mungkin itu adalah
klimaks kepada ketidaktentuan
hidup aku skrg nie

kemalangan melibatkan aku
dengan pembonceng motosikal
ceritanya begini

aku mengejar masa
utk lepak di McD
dan mengejar masa
McValue lunch yang semakin suntuk

bukan melepak kosong
tapi utk habiskan
seberapa byk final design aku

mungkin salahku
yang clumsy
mungkin tidak

sebab
kepala dh diteleng ke kiri kanan
ke kiri semula
kereta diberhentikan seblum
masuk ke simpang
signal dah pon dipetik
apa lagi?

tapi
cubaan masuk ke simpang gagal
tanpa disedari aku dh melanggar
pembonceng motosikal

ya ALLAH..

parking kreta di tepi jalan
dan terus menyelesaikan
apa yang berlaku
sehemah yang boleh

tapi aku sedar
aku masih ada kawan di sisi
thnx to Syaz, Lan, Daus, Hanis, An & Naz

insyaALLAH
akan ku teruskan menulis di sini
kerana benda ni masih berjalan
dan esok hari
adalah sambungan episodnya
LOCATION : bedroom
EMOTICON : blurr + nervous + shaking

Tak Tau Nape

aku tak tau nape
dekat2 final create design ni
idea aku xdatang
berak sungguh
macam kena block je otak nie
daripada nk bagi idea masuk

aku tak tau nape
dekat2 nk final sem ni
byk plak perangai2
yang menyakitkan hati
daripada kawan2 aku
keluar
dan menganggu ketenteraman aku

aku tak tau nape
dekat-dekat nk ujung sem nie
aku jadi malas sgt
letih pon ada
asyik tdo jer
n xsecergas dlu

aku tak tau nape
adakah aku yang bermasalah
atau org2 di sekeliling aku ni
yang menimbulkan masalah
dekat aku?

aku sebolehnya aku xnak tau
sebab aku nk teruskan hidup mcm biasa
dengan ketenangan
n ketentraman

susah sgt ke nk jaga hati n perasaan org
susah sgt ke nk paham bahasa
atau permintaan org
susah sgt ke nk respect orang

dan aku tak tau nape
yang salah dibela
dan yang betul
didiamkan
walau nampak nyata

tlg beri jawapan
oh tidak
hanya putarkan smua ni
kepada normal
semula

beri aku ruang
untuk bernafas
dan
kembalikan keadaan
seperti dulu


LOCATION : hot room
EMOTICON : tired. stress. depress.

Saturday, April 3, 2010

Gula-Gula ke Rasuah

setiap kali
menjelang pilihanraya
tak kiralah
pilihanraya kecil ke
pilihanraya negeri ke
o pilihanraya umum
parti-parti
atau individu-individu
yang bertanding
akan come out
dgn manifesto
janji-janji
misi dan visi
untuk meyakinkan pengundi
itu bagi aku, bagus

atau
mungkin bagi orang laen
bercakap itu lebih senang daripada membuat
terpulang..

tapi
kkdg aku tersenyum sinis
bila baca artikel-artikel
atau
apa-apa jelah berita pasal p/raya ini
yang di mana
selalunya
calon-calon atau parti-parti
terutamanya daripada kerajaan

yerlah
setiap kali p/raya
bukan setakat bercakap je
mcm2 projek atau gula-gula
yang akan diberikan
peruntukan sekolah
bantuan kewangan
projek pembangunan
apa sahaja
yang lebih kepada visual
atau lebih kepada material
kpd pengundi

yang aku lebih nk senyum sinis
adakah ini tidak dikira seperti gula-gula
atau bahasa kasarnya,
rasuah?

tolong bisikkan ke minda aku
apa definasi rasuah
adakah
hanya dgn memberi wang kepada beberapa kerat
pengundi
atau bantuan beras kepada setiap rumah pon
dikira rasuah?

ada satu insiden seblum PRU ke 12 hari tu
yang membuatkan senyuman sinis aku
bertukar kepada kerutan di dahi

projek mega
projek koridor
dicanang kepada seluruh negeri dan rakyat
terutamanya di P.Pinang

beberapa hari
selepas tumbangnya parti kerajaan
di P.Pinang
dan pembangkang mula mentadbir
beberapa suara-suara lantang
mendesak supaya dihentikan
(mungkin sementara o mungkin selamanya)
projek pembangunan mega di sana
dengan alasan,
kegawatan ekonomi?

apa rasionalnya?
di mana keikhlasan mereka?

dan mungkin lebih menggusarkan
apakah segala bentuk gula-gula yang dijanjikan
akan terus dibuka pembalutnya
dan akan betul-betul disuapkan
kepada pengundi
jika,
pihak pemberi gula-gula itu
tewas dalam p.raya tersebut?

LOCATION : bedroom
EMOTICON : thinking

Friday, April 2, 2010

SELFISH

balek dari kolej tadi
terus dlm kepala set
nk post benda ni kt blog

wa xpaham la dgn makhluk2
ciptaan Tuhan nie
bukan nk menyalahkan ciptaanNya
tapi wa nk menyalahkan perangai
makhluk2nya itu

knapa perlu selfish dalam diri?
ya btol.. sometimes its needed
tapi..
susah sgt ke nk bg bantuan kt orang laen
klu bantuan tu xdela memakan hampir
kesemua kudrat-kudrat2 kau

susah sgt ke nk berkongsi maklumat
informasi
ilmu
apa-apa sahajalah
yang bukan dari segi
material
atau wang ringgit

ada lagi satu jenis perangai
selfish
tapi menganggu
atau menimbulkan
perasaan ketidaktenteraman
kepada oarng laen
walaupon kau tidak merasakan itu berlaku

mmglah..
sbb kau bukan di pihak sebelah sana
tlgla berubah
wahai manusia-manusia smua

xrugi berkongsi
xrugi membantu
xrugi menyenangkan orang laen
tanpa perlu menyusahkan diri sendiri

**tetiber teringat kata-kata baba

"Yelah Edy, dlm dunia ni sapa mau susah? smua nk senang je kan..."

LOCATION : a bit dark bedroom
EMOTICON : try not to be selfish

Wednesday, March 24, 2010

MAMAT JIWANG

hari ni
pagi ni
aku stay up lagi
sbb kjpgi ada submission
matila..

tapi
aku bukan tu aku nk cakap
walaupon bz
tetap nk curik2 berblogging
yang dh bersawang

hanya tulisan ringan
akan dilemparkan kat sini
sbb xperlu aku nk perah otak
untuk menaip
cukuplah
perahan untuk design aku

dah.cukup.

smbil tulis blog nie
sambil buat design
sambil stay up nie
aku tgh layan
lagu Faizal Tahir, Coba

wlaupon dekat stahun dh dengar lagu nie
tapi tetiber nk layan balek
tatau knape..

mmg
aku ni mamat jiwang
tapi aku layan jugak lagu-lagu laen
cm rock..

cuma
melayan lagu jiwang, aku bertempat ok

contohnya
melayan lagu jiwang
bila
aku penat
dan perlukan ketenangan

melayan lagu jiwang
bila dapat tau
org yg aku minat
or suka
dah ada seseorang
wuu..

melayan lagu jiwang
biler
aku ada kenangan indah
dengan sape-sape..

lagu jiwang
xsemestinya mendayu-dayu
bergantung kepada nukilan lirik sebenarnya

dah.cukup.
nk sambung buat design.


LOCATION : Bilik Tidur
EMOTICON : Working

Wednesday, March 10, 2010

KNAPAKU INSOMNIA

lampu bilik dah pon ditutup
dan aku sudah ready atas katil
buku n segala assignment ditinggalkan atas meja
jam menunjukkan 4pagi

aahh!
dekat sejam aku duk cuba nk tidur
macam2 dh buat
doa segala
dengar walkman
sawancara
yang dah xlarat nk gelak
sms org
jackpot kot2 ada yg xtdo lagi
tapi smua dah tdo
bengong

xtaula
mlm ni dah masuk 2 malam
aku xleh nk tdo
smlm lagi dasyat
standby atas katil
pkol 4pagi
aleh2 630 pagi baru tdo
sbb gangguan,
930pg dah dipaksa bangun
melelong lah apa lagi

xtaula
knapa insomnia
nk kata pikir banyak
xjugak..
nak kata jiwa
n fikiran xtenteram
xjugak
nak kata kena sumpahan
sumpahan kejadahnya?

tapi aku mengesyaki sesuatu
adakah angkara nescafe
yang aku minum
dekat mamak di bawah
adakah kerana
pengaruh movie
yang aku tonton dekat mamak bawah
smpai lewat pulang ke rumah?

tapi
mungkin logiknya
nescafe yang patot disalahkan
tapi
seblum2 nie
bukan kata nescafe
tongkat ali
kopi
cuma kacip fatimah je xpnah try
xlut2 jugak
mata still kalah
dengan nafsu
yang lebih kepada
ngantuk

haih...
jpgi klas dahla pkol 9pagi!
smpai petang plak tue!
aku amek keputusan xmau tdo la senang
xmau dipermainkan lagi
oleh sang mata

tolong aku..
aku mahu rehatkan si mata-mata ini

LOCATION : dark room
EMOTION : thinking to sleep (yawn)

Sunday, March 7, 2010

BERSEMANGATlah!

tinggal lagi beberapa jam
seblum aku berlepas
pulang ke kl
(ayat cliche!) hehe..

tapi
yang xclichenya
(cliche tu lbeh kurang BASI)
aku rasa amat
bersemangat utk pulang
sekali lagi
yaa
bersemangat

aku pon sedikit pelik dgn perkara ni
slunya, klu nk balek ke KL
mood jadi kureng ok sket
sdeh-sdeh skit
dan pening kepala jugak!

myb inilah ketenangan kot
bila kita tidak lupa pada Tuhan
Allah sebetulnya.

aku bersemangat utk
belajar!
buat assignment dan final project
yang utama!

malas dah nk pikirkan masalah2 remeh
dan mungkin bersemangat
sebab

nnt dah bleh connect to internet dahh
sbb dh apply celcom!
hopefully the connection wont be suck
and working smoothly

jadi
akhir kata
untuk diri aku
minda aku
perasaan aku
bersemangatlah!


LOCATION : ice-room
EMOTICON : typing. hehe

Friday, March 5, 2010

COUNTING DA DAY

alamak weih
harini dah masuk hari jumaat
tadi ticket pon da bli
tinggal lagi xsmpai 2 hari je
seblum btolak pulang ke kl
oh tidak!!!


LOCATION : Dining Room
EMOTICON : Stuffed

Monday, March 1, 2010

SAYANG BABA

hari ni masuk hari ke 3
aku di kedah
aku xnak masa berlalu
dengan cepat
huhu

baru balek lepak dgn kawan
tpi bukan tu yg aku nk tulis

dah masuk hari ke 3 ni lah
aku tgk baba pelik sikit perangainya
kkdg terpikir
aku ada buat salah ke
atau ada salah cakap ke

baba banyak berdiam je
slu baba tak muak
melaungkan kata-kata nasihat
dan keagamaan
walaupon aku pura-pura xpay attention
tapi
setiap lafaz katanya
akan aku simpan erat-erat
dalam otak aku

seriously
aku rasa aku ni la
anak yg paling ikut kepala aku sendiri
degil
mayb slu peningkan kepala baba kot
tapi
aku xsuker hipokrit a

mgkin pandangan org
aku ni sedikit derhaka
bahasa kurang sopan
tapi
mgkin baba n mama
memahami aku seadanya
itu sudah cukup

jujurnya
sedikit terkesan
dengan perubahan baba yang
kecil luarannya
tapi
memberi kesan kpd aku

kedua
baba skrg ni
lebih suka naek motor aku
yang aku dh semakin lupa
bila aku dah dapat lesen kreta

adakah itu satu protes
atau tunjuk perasaan dari baba
untuk aku
supaya jgn menganggu keretanya?

tapi
kenapa protes itu baru skrg dilakonkan?
knapa tidak dahulu
atau smggu lepas aku dapat lesen kreta?

kkdg
aku bermati-matian
mau merampas motor aku balek dari baba
bukan apa
dah jadi mcm pelik
dan sedikit kurang sopan
dengan keadaan itu

lagi satu
aku xmahu baba naek moto
so sbb itu aku akan buat apa saja
supaya baba tidak lagi merembat motor aku
mgkin pada pandangan baba
aku kedekut
dengki
atau apa saja
tapi sesungguhnya baba,
i'm prefer to see u to drive ur car!
nak2 cuaca skrg panas
klu hujan plak nnt baba susah
habes kotor jubah

yeah
the way baba melayan
mendidik aku
a bit differents
compared to my others sibling
taktau knape
mgkin baba nmpk sesuatu
dalam diri aku kot

baba jadi macam nie
mgkin sebab
tertekan dengan apa yg berlaku
baru-baru ini
atau mungkin tertekan
dengan anak-anaknya yg slu
meminta duet yang slunya over limit
atau mungkin pening dengan kerenah aku ni

tapi aku dapat rasakan
baba always thinking
baba
i'm also always thinking about u
n always pray for u

** maybe aku xpnah atau xreti atau kekok nak tunjuk. tapi aku sayang baba.


LOCATION : Cool Room
EMOTICON : Thinking

Saturday, February 27, 2010

HOLIDAY IS DA BEST MEDICINE

yahuu
skrg ni aku dh balek hometown aku
rumah family aku
got air-cond
heater
n ofkos 24/7 wifi!
and most importantly, no bitches!

walaupon baru 2mggu lps
aku cuti
tapi kali ni bukan saja2 cuti wokay
cuti midsem

untuk seminggu atau mgkin kurang smggu nie
aku relax kat rumah
jauh dari perkara-perkara
dan jugak
org-org yg menyakitkan hati
wanna enjoy myself here

** jgnla cepat cuti ni berlalu.

LOCATION : Lovely home
EMOTICON : enjoy!

Tuesday, February 23, 2010

KATA KAWAN BAEK ??

Wa kadang-kadan pening
rasa mcm nak retak
kotak fikiran wa nie

bila terfikir pasal dia
knape wa perlu bersusah-payah pk pasal dia?
sebab dia tu kawan baek wa lah!

sebentar!
wa rasa dia ni
no longer
bleh pakai tanda nama
yang tertulis
'kawan baek'

knape wa cakap camnie
sebab wa menulis mengikut pemerhatian
dan jugak pengalaman
beserta emosi
yang cuba wa kawal walaupon
dalam nada marah

wa keliru
sama ada wa
ataupun insan ini
yang xpaham definasi sebenar
kawan baek
ataupon
kurang arif
untuk membezakan
antara kawan baek
dengan kawan biasa
ataupon kawan serumah
mahupun kekasih hati

kalau kata wa ni kawan baek lu
knaper klu kena buat keputusan
antara wa dgn org laen,
wa lah yang akan jadi
yang pertama dalam kpala otak lu
untuk lu pilih
untuk ditinggalkan
dan jugak diabaikan?

perlukah wa berasa bangga
kalau wa yang jadi insan pertama
di fikiran lu
untuk lu carik
setiap kali lu ada masalah
yang kadang-kadang
masalah itu
lansung xde kaitan dgn wa

wa jugak slalu sangat
mendodoikan hati wa
supaya tidak selalu menanges
dengan perilaku lu itu
yang kerap memberi
hikayat 1001 alasan
bila bersama dgn wa
tapi!
tiada lansung pun alasan
utk menghabiskan hari-hari indah lu
dengan orang lain

wa akan beri ledakan kata-kata
yang terbaik dari minda wa
untuk lu menghadapi cabaran dan dugaan
tapi
kata-kata wa itulah
yang lu akan renyok-renyokkan
dan terus campak dalam tong sampah
bila lu mendengar
hanya bisikan kata-kata
bernada rendah
daripada manusia lain

terakhir skali

knape perlu canangkan
seantero dunia
yang kita ni adalah kawan baek
yang terhebat di muka bumi
sedangkan lu xpernah
nak hargai wa?


**siapa terasa pedas, dialah yang makan cili.

SEPATAH DUA KATA

semakin hari
rasa mcm smakin susah plak
nk bersuara kt blog nie
bukan ape
ramai plak kawn2 terutamanya
kawan2 terdekat
yg dah tau pasal blog aku nie

soo susah skitla aku nk ber'shout out' kt sni
dah xleh bersuara dalam nada silent

soo kebebasan itu sedikit dikekang
yelah
takut ada yg terasa
kerana banyak hati yg perlu dijaga
sekadar meminjam kata-kata dari Memey Suhaiza

tapi nk buat caner kan
benda yg betul dan salah
perlu ditegur and diceritakan
walaupon pahit untuk diterima
yang penting
jadikan panduan utk masa depan


** laser itu terjadi daripada pandangan sebenar dan kata-kata yang jujur. =)

Saturday, February 20, 2010

Kenapa Archiday (part.2)

semakin lama masa berjalan, semakin banyak aktiviti dilakukan, semakin aku realize, yang group aku ni best jugak!
inilah groupmates aku

bukan pe, smua sepakat sehati sejiwa respect each other dari segi opinion dan laen2 lagi...
sporting pon jugak.. senang cakap kira ngam ah

2nd game : Create music instruments from recycle materials.

lpas tu lagi, group kitorg ni plak kan, buatpe je mesti satu group even time makan
(walaupon dipaksa pada mulanya actually!)

Bukan curi tulang eh! (pose dengan rambut baru ala-ala Rihanna. perghhrasan!)

the next day plak cam letih sikit ah sebab banyak maen physical. sbb pagi2 lagi dah aerobik lpas tu kna maen game plak.. game plak bukan senang beb. tapi sorryla no pictures sbb aku kan participant lagipon xde sapa yg bleh jadi photographer xrasmi aku la.. huhu

time ni kna create lyric and lagu at da some time.. in few minutes ok!

tapi yang buat aku terkilan sket tu kan, ptg tu aku xdapat pegi ke majlis hi-tea a.k.a makan2. bukan pe beb.. penat satu hal. tapi hal yg sebenarnya aku xde lansung dress yang bleh dipakai utk petang tue! sbb aku agak lmbat tawula pasal ada dress code utk ptg tue iaitu HAWAI. perrghh mana sempat dowh.

ape2pon aku hepi la jugak sbb dpt tau group aku bleh kata sapu bersih la smua awards sepanjang archiday tue. cayalah!





**sepatutnya post ni aku tulis smggu seblum cuti lagi. ni dah habes cuti baru nk tulis. hehe!

Kenapa Archiday (part.1)

satu perubahan dah aku lakukan utk diri aku
yeaah
bleh kata aku sahut cabaran n mencabar diri aku la
untuk join satu aktviti sosial yang dinamakan
archiday ataupon Archustic
workshop ni untuk bebudak architecture jer

aku ni kan pemalu nk mati
tapi aku buat2 la berani pegi join workshop tue
nak dijadikan citer, bleh plak member aku
last minute cancel nk join benda tue
mampos aku - dalam hati!

tapi aku gagahkan jugak join
1st reason aku join pon sbb aku xjoin waktu diorg
buat kt UKM time cuti semester dlu
soo dis time teringin plak

awal2 pagi dah tercangak
peerrghh xde kawan seh~
naseb la ada sorg
bual2 ngan diorg
mmg aku cuak la biler time kna bercampur gaul sket
aku kan kera sumbang

pastu time pembahagian group mmg berdegup-degup
lpas dah dapat tau tue, perrghh ada 2 ekor je yg aku knal
yg laen tah dari alam mana tah
xpnah pulak nmpk kt kolej
huhu

biler dah keadaan camtue
aku duk membebel-bebel kat kawan aku tadi
mulut ni xhabes2 NAK BALEK NAK BALEK!! (hehehe)
tapi gagahkan lagi jugek
sahut cabaran la katakan

awal-awal tu serius cakap cam bosan
tapi biler 1st game dah jalan
n group kitorg diisytiharkan menang,
rasa excited pon mula merebak dalam diri
hahaha

Hari Terakhir

waaahh jam dh pkol 136a
beberapa jam lagi aku dh nk berlepas pulang ke KL
damn...
malas btol kan
walaupun cuti pendek aku dh dipanjangkan
secara sengaja
hehehe

balek sane
susah nk online
berjumpa dgn ramai manusia2
hipokrit
selfish
dan mcm2 lagi
senang cakap yg kurang menyenangkanlah..

xde ketenangan
back to study
padahal satu mggu je study
pastu cuti midsem balek
wakaka



**sedang berpikir-pikir mau pulang ke x cuti midsem nnt...

Wednesday, February 3, 2010

ENJOY GILER!

aku xtau nak cakap
betapa enjoynya aku
dgn apa yg aku buat petang
tadi.

yeaahh...
yang penting
aku xpercaya
matlamatnya tercapai sudaa...

petang tadi
aku, kwn baek aku dgn 2lagi
kawan perempuan aku
kitorg pegi maen
badminton...

dengar cam biasa kan
tapi mmg luar biasa
bagi org mcm aku
yg xpnah nk involve
dlm sukan2 nie

pastu
xpernah la plak kan
nk sewa court badminton
semata-mata
nk maen badminton

mcm aku cakap
aku ni suka benda2 yang lasak
n peluh2 nie..
wakaka apa itu peluh2... ?

tp tu la
malas nk bergerak
biler dah bergerak..
mmg layann...

aku awal2 lagi
dh btau member2 aku
yg aku xtawu maen
sangat badminton ni
just tau pukol je
tu pon xtere la..
kkdg pukol angin jer..

tp biler dah starting tu
member aku bleh plak
ckp yg aku ni tau main pon
uikss terharu jugakla..

sbb dia ni pon terer jugak
tapi yang pentinnnngg...
slama 1jam tue..
diorg silih berganti kuar court
last2 tinggal aku jer
perrghh hampir sejam dowh
main non-stop

excited punya pasal
lupa plak nk stretching
balek2 rumah
mmg rasa mcm nk g
rumah urut lah..
hehehe

xpe.. yg penting aku
njoy giler..
kuar sikit peluh kan
barula ada life...!
hehehe

** lepas ni teringin nk pukol drum
n wall climbing. ;)

Monday, January 25, 2010

Berkenalan Diri Sendiri

sebenarnya
setiap org belum
mengenali seratus peratus diri sendiri
dalam kita duk sebuk nk kenal dgn
dgn orang tu org ni
nk tekel org tu org ni
kita jugak alpa
untuk sentiasa mengenal diri sendiri


haih...
sama mcm aku
aku kkdg xpaham jugak dgn diri sendri
bila dh kenal sikit tentang kelemahan diri aku
n kkdg aku dh berazam untuk mengubah
benda itu
tetapi ternyata kita xleh jadi diri org laen


aku ni seorang yang pemalu
pemalu gilerr... itu lebih tepat
perangai tu juga
bergabung dgn molekul2
low self-confident
takut pada kritikan
dan skli lagi.. malu


jauh dari sudut hati (pergghh ayat)
aku ni suka benda2 lasak
aku suka bersosial
oh. bersosial maksudku di sini
suka untuk berkenalan dgn
ramaaaaii orang


sbb sifat pemalu yang menebal tulah
terhasilnya cakap2 orang yang
kata aku ni sombong.
oh tidak.
kenal dulu diri aku
baru menjadi juri


dimantapkan lagi
dengan pandangan (tajam) mataku
yang sering disalah anggap
sebagai menjeling.
tapi perlukah aku
membuat pembedahan bola mata
untuk itu?

Tuesday, January 19, 2010

WA DAH BOSAN

Wa dah bosan
Bernafas di kalangan berjuta-juta manusia
yang macam-macam sifat dan warna

Wa dah bosan
dgn hidup yang sentiasa menjaga hati,
perasaan orang laen
tapi hati sendiri disiat-siat

Wa dah bosan
bernafas tersekat-sekat
dalam topeng
untuk terus bernyawa dalam dunia hipokrit

Wa dah bosan
Menjadi hamba persahabatan yang kononnya indah
dan kemudiannya ditinggalkan

Wa dah bosan
untuk terus disakitkan
berulang, berulang, lagi dan terus berulang



wa dah bosan
menjadi bola dalam perlawanan
dan di sepak ke dalam gawang bila
matlamat tercapai

wa dah bosan
untuk menjadi cermin yang berhabuk
kepada manusia yang selalu mahu melihat diri
tapi tak ingin membersihkan

wa dah bosan
untuk terus jadi anak panah
yang mulanya ditarik akhirnya dilepaskan
demi keinginan sendiri

wa dah bosan
untuk selalu memberi peluang kedua
kepada yang ringan mengemis kata-kata maaf

Sunday, January 17, 2010

90% archieved

sbnrnya aku malas nk post pasal benda nie
ye ah sbb macam xpenting je kan
kang pe plak org cakap
tapi pedulik ape aku kan
blog aku, aku punya pasal ler
haha baek sungguh bahasa

sbrnya aku ni xmacam laki
biaser..
luar biasa..
hehe
sbb...
aku
sukaaaa
shoppingg.....

ada ke laki yg suka jalan2
mcm aku
best pe shopping wei
xpon jalan2 dlm
shopping mall
release tension wo...

skrg ni plak
aku bleh plak duk type blog
dlm kedai mamak
xpernh aku buat
tulis blog di kawsan
public..
nseb bek org xramai
yela skrg pn pkol 436pg gilerrr!
smua org dh tdo

back to da topic pls...
sbnrnya aku dh plan
biler duit dh banyak skit dlm
tabung (hehe)
aku nk g shopping

aku dh target
nk bli jeans romp (priority!)
then aku just ada 2 hari je utk
mulakan marathon shopping

spnjg 2hari tu bykla
benda yg aku bli mcm

baju romp dh tercapai
t-shirt soda pon bli
sun glasses pon dh bli
dan byk lagi

wallet yang xde dlm list
aku bli jugak
tp smpai skrg ni
jeans romp aku xbli lagi
so..
mana satu priority?
ngeee...!

Wednesday, January 6, 2010

OMONG KOSONG

nak tulis nak tulis nak tulis jugakk..
tapi blur
tatau mau tulis ape
masuk je blogspot.com nie
terus kepala otak wa blur!

haha
ye ah
sementara internet wa tgh kencang ni
sementara wa masih di rumah
sementara wa masih lapang x sempit
time ni la kna tulis memacam
barula blog xberhabuk
keh3..

dahla selamba kambing wa
ponteng klas 1st week study
ala first week bkn study pon
twintech je pon
haaa jahat x wa...

oi
dah masuk 2010 la
tahun baru
smua baru
azam pon baru
tapi
wa xtulis lagi azam2 baru
wa dalam kotak otak wa nie
huhuhu

nnt la
kasi wa pk dlu
lpas tu baru taruk kt sni yerr
pastu biler dah masuk tahun depan
wa check balek
jadi ke x azam wa tue
yeah

Tuesday, January 5, 2010

2010. hari ke 5

skrg ni dh pkol 1.14 pagi. hoi mata xreti2 nk lelap ker
ni la bad habit aku
ngadap laptop je smpai pagi
nk buat caner
tetiber ada mud plak nk ber blogging nie

pagi tadi dipaksa bangun awal
sbb kna temankan adik g hospital
naseb baekla xlama nk buat benda2 tue
tp time hospital tetiber perasaan bertukar
n the words like dis came out
"ospital ni bukan tempat suka-suka!"
meaning that klu sebut hospital jer = sedeh, sakit,duka, suram,sunyi,takut = mati?

tapi perspektif aku mmg berubah la tadi
hospital tu baru
sbg student akitek yg xpandai, setiap inci, segi, penjuru
dan pemandangan hospital tu aku perhatikan
mana yg best leh cedok jadi idea design sem nie
hehehe

lpas tu yg lagi best
sbb bangun pg terus g hospital xbfast kan
kat kafe tadi melantak tak hingat
feeling2 mcm tgh bercuti kat hotel plak tue!
isk3...


next...


seblum nak log in blog aku tadi ni
tgh dok online fb
terbukak (terbukak ker? ke saja je meneropong)
satu page milik seseorg ni yg
banyak kenangannya bersama-sama dgn aku

selalu terserempak
mana taknyer, duduk dekat2 dowh!
dan mbuatkan cerita2 dolu mai duk hingap
dalam kepala mcm lalat..

*ah dah start mlalut la ni bila dh jiwang =P


alhamdulillah
dats da best word to show my feeling rite now
i mean.. feelin' bout my result
not bad jugakla result aku
sbb exam ritu kan kan... aku mmg mcm kna
sampuk je
bnyk gangguan
dhla esok nk exam baru nk baca (tu cara aku study)
lpas tu start baca lewat
n baca xmasuk
igtkan ada paper sangkut, tp alhamdulillah again..

**adakah permulaan yang baik untuk tahun ini? amin...



Saturday, January 2, 2010

2009

tajuk untuk tajuk post kali ni mmg agk ketinggalan
hehehe..
takpe xpe.. ada tujuan tue..
tujuannya.. adalah utk aku recap balek perkara2 yg terjadi
dlm hidup aku, di sekeliling aku...

1. duka

awal2 tahun 2009 lagi sbnrnya mcm dh bagi assumption o summary
bagi keseluruhan tahun 2009 nie..
cuma instinct aku yg xmempedulikan kot..
antaranya,
mdapat tau yg aku fail design, bnyak gilerr saman parking yg aku dpt,
perselisihan faham dgn kawan2 n penutupnya,
kesukaran aku utk mendaftar masuk sem 5...

2. perkenalan

spnjang 2009 jugak mcm2 manusia aku jumpa a.k.a berkenalan..
reality, dalam internet, dalam kelas dan macam2 lagi.. ada yang
menyenangkan, ada yang menyakitkan hati.. tp nama pon
manusia kan.. mana ada yg perfect.. maaflah nama2 mereka xdpt
disertakan.. nnt kena saman.. hehe

3. topeng terbuka

org ckp, Tuhan klu nk bg petunjuk kt manusia, sekelip mata je kan
dan alhamdulillah dah banyak petunjuk aku dpt psl sifat2 sebenar
org2 di sekeliling aku. pasal ex-housemates, rumet dan bekas
kawan aku yg bleh kata rapat jugakla.. alhamdulillah..
next time, berhati-hati

4. buang yang keruh
org yg pernah aku tinggalkan, n ada juga yg aku xbertegur sapa,
(bukan ape, sbb aku klu dh gaduh dgn org, langkah terbaek, mengelak
n berdiam..) dah pon diselesaikan dgn baek..
ada lagi
lecterur yg aku ske (ske disini maksudnya suka cara dia mengajar!)
kembali ajar aku utk kelas design yg aku fail tue.. see.. hikmah kan?
hehehe..
lastly,
aku cuba menebus kesalahan aku sbg anak yg... xamanah.. walaupon
aku telah, sedang dan akan sentiasa mendapat balasan utk masa depan,
tapi aku terpaksa terima.. sapa suh jd jahat lagi kan kan? aahh..

soo smua benda kan atas nie
jadikan pengalaman
org ckp, experience is da best teacher u know!

*dah 2010, maksudnya blog aku dh 1tahun.. ni klu ada anak dah bleh berjalan =p